GANDIK DIRAJA


GANDIK (TIARA) ialah pakaian hulu bagi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong iaitu diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian berbunga awan larat. Di tengah-tengahnya, di atas awan larat itu terdapat anak bulan dengan bintang, kedua-duanya diperbuat daripada emas putih juga. Gandik ini dipakai oleh Seri Paduka Baginda dalam istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Gandik ini diperbuat khas supaya boleh dicerai menjadikannya loket dan kerongsang.

Information from ISTANA NEGARA.