PAYUNG UBUR-UBUR KUNING dan TOMBAK BERAMBU


PAYUNG UBUR-UBUR KUNING dan TOMBAK BERAMBU ini ialah sebahagian daripada alat kebesaran Diraja. Payung Ubur-ubur Kuning sebanyak dua puluh kaki diperbuat daripada kain sutera yang berwarna kuning raja iaitu suatu warna yang dipandang mulia oleh orang Melayu dan dikhaskan menjadi kebesaran Raja-rajanya. Di kemuncaknya dipasangkan anak bulan dengan bintang.

Tombak Berambu ini sebanyak dua puluh juga, matanya berlok tiga diperbuat daripada tombak-tombak pusaka dari sebelas buah Negeri Semenanjung Malaysia. ialah tiga jenis senjata Melayu tua yang dijadikan sebahagian daripada alat kebesaran Diraja iaitu diambil daripada mata pedang, keris panjang dan sundang zaman purbakala. Keris Panjang dan Sundang bersalurkan dengan perak serta berukir-ukir pada hulu dan sarungnya.

Information from ISTANA NEGARA.